WAKIL Malaysia di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Selangor FC dijangka turun menentang Persib Bandung dengan menggunakan ‘arkitek’ terbaharu.
Bakal bertemu kelab Indonesia itu pada Khamis di laman sendiri, timbul desas-desus mengatakan Gergasi Merah melakukan rekrut mendapatkan seorang pemain dari Kosovo.
Pemain tersebut dikenal pasti sebagai Tomi Domgjoni yang berusia 27 tahun dan beraksi sebagai pemain tengah.






