SELEPAS sedekad mewarnai industri seni, penyanyi Syamel bakal melakar satu lagi detik istimewa dalam perjalanan kariernya menerusi konsert sulung bertajuk ‘Pertama – A New Journey Together With Me, Syamel’ yang bakal diadakan pada November.
Bagi Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya sebuah perjalanan muzik penuh makna ingin dikongsi bersama mereka yang sentiasa berada di sisinya sejak awal.
"Jom kita cipta momen baru bersama di Pertama. Ini permulaan perjalanan baru saya, dan sesi istimewa yang sangat intimate bersama peminat terutamanya Syamelovers.

Syamel hargai sokongan peminat selama bergelar anak seni.






