PELAKON Sweet Qismina tidak menyangka kemunculannya buat kali pertama di Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) pada malam Sabtu membawa tuah besar apabila diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Babah.
Sweet, 28, berkata selepas hampir dua dekad bergiat dalam industri hiburan, kemenangan itu menjadi pencapaian paling bermakna dalam kerjayanya setakat ini.
"Ini trofi dan watak besar pertama saya. Malah kemunculan di FFM juga adalah kali pertama. Alhamdulillah, tak sangka rezeki berpihak pada saya,” katanya kepada mStar.

Pengorbanan Sweet dalam Babah membuahkan hasil.






