SELEPAS terpalit dengan kontroversi, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz kini memilih untuk fokus kepada kebahagiaan kedua ibu bapanya.
Menurut Aliff, 34, setiap ujian yang datang membawa hikmah tersendiri apabila dia kini diberi peluang untuk menjaga serta meluangkan lebih banyak masa bersama ibu bapanya yang menetap di Singapura.
“Saya tinggal bersama ibu bapa saya di sana (Singapura). Alhamdulillah mereka masih sihat walaupun sudah berusia," katanya kepada mStar.

Aliff anggap setiap ujian ada hikmahnya.






