TAMPIL dengan sebuah album tradisional terbaharu berjudul Gema Bumantara, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza turut terbuka untuk bekerjasama dengan komposer-komposer muda dalam penghasilan 10 karya pilihannya.
Bagi Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, beliau tidak pernah melihat pengalaman atau usia bakat muda yang masih baharu sebagai penghalang untuk menghasilkan lagu-lagu terbaik.
Malah, menerusi album ini juga, ia sebagai peluang untuk mereka terus menyerlahkan kreativiti dalam menghasilkan lagu-lagu tradisional.

Siti terbuka menerima arahan komposer baharu ketika sesi rakaman.






