MENYEPI selepas berdepan kontroversi, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bagaimanapun memberitahu masih aktif dalam bidang seni, khususnya nyanyian.
Aliff, 34, berkata walaupun jarang muncul di televisyen, dia tetap menerima pelbagai undangan persembahan termasuk acara korporat dan majlis perkahwinan.
“Saya masih ulang-alik antara Malaysia dan Singapura. Tawaran nyanyian pun masih ada sama ada untuk majlis korporat atau perkahwinan.







