Sukan

Sudah jatuh ditimpa tangga, aksi kelab bintang warisan Harimau Malaya ditangguhkan angkara tiada siapa mahu jadi ‘tuan rumah’

KRISIS pemain warisan yang melanda bola sepak antarabangsa terus menjadi perbualan hangat selepas nama penyerang warisan sensasi Harimau Malaya, Rodrigo Holgado kembali mencuri perhatian susulan kelabnya, America de Cali di Colombia dipaksa menangguhkan perlawanan baru-baru ini.

Malah, America de Cali turut berdepan kecaman selepas perlawanan menentang Boyaca Chico dalam saingan Liga Colombia 2025 bagi pusingan ke-18  yang sepatutnya berlangsung pada Khamis petang.

Difahamkan, perlawanan melibatkan pasukan America de Cali  dijadual berlangsung di Bogota, Colombia, namun terpaksa ditunda selepas Suruhanjaya Keselamatan bandar itu menarik balik kebenaran pada saat-saat akhir, biarpun segala syarat keselamatan dan cukai telah dipenuhi.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.