BEKAS pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani menjadi tumpuan selepas menerima kritikan hebat daripada penyokong kelab susulan tindakannya yang dianggap tidak profesional ketika perlawanan Liga 1 Indonesia menentang Persis Solo pada Isnin.
Insiden itu tular di media sosial apabila Saddil yang kini beraksi bersama Persib Bandung dilihat melepaskan rasa tidak puas hati selepas dikeluarkan oleh pengendali kelab, Bojan Hodak pada minit ke-31 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bandung Lautan Api, Indonesia.
Menerusi rakaman tersebut, pemain kebangsaan Indonesia itu bertindak membaling botol mineral dan menumbuk cermin di kawasan bangku simpanan sebaik digantikan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





