Sukan

[VIDEO] Bekas ‘coach’ bola keranjang negara digantung, cederakan pengadil ketika berdepan pasukan Johor

LIGA Bola Keranjang Malaysia (MBL) mengumumkan penggantungan sementara ke atas jurulatih Parkcity Heat Basketball, Goh Cheng Huat yang menyebabkan kecederaan pengadil ketika aksi Liga Pembangunan Bawah 23 Tahun (B-23) di Stadium MABA, Kuala Lumpur (KL) pada Jumaat lalu.

Dalam satu rakaman perlawanan, pengendali pasukan tersebut kelihatan sedang memberi arahan kepada anak-anak buahnya selepas pasukannya ketinggalan memasuki suku keempat aksi menentang Johor Southern Tigers.

Bagaimanapun, sikapnya yang terlalu vokal di tepi gelanggang membawa padah setelah papan keratan dipegangnya mengenai pengadil wanita yang menjaga garisan tepi.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.