Sukan

Bagaikan hilang ‘taring’, 2 bekas penggempur HM belum berjaya ledak gol untuk kelab masing-masing di Liga M

DUA bekas penggempur Harimau Malaya kini berdepan satu kemerosotan prestasi yang semakin ketara sehingga menimbulkan persoalan sama ada ketajaman yang pernah mereka miliki kini hanya tinggal memori. 

Syafiq Ahmad bersama DPMM FC dan Shahrel Fikri di Melaka FC masing-masing masih belum membuka akaun jaringan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai masa depan mereka sebagai penyerang yang dahulunya pernah menjadi sandaran utama negara.

Bagi Syafiq, kariernya sebelum ini tidak asing daripada turun naik mendadak kerana dia pernah tampil sebagai penyerang serba boleh dengan kelebihan kebijaksanaan membuka ruang ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh