PELAKON Uqasha Senrose tampil memohon maaf selepas tidak berfikir panjang ketika berkongsi masalah rumah tangganya dengan aktor Kamal Adli secara terbuka.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata tindakannya itu dilakukan kerana terlalu mengikut emosi, selain bersedia mengambil tanggungjawab penuh atas segala yang telah dikongsikan.
“Saya kena bertanggungjawab atas apa yang telah saya buat. Kapsyen yang mengundang kemarahan dan aib sesiapa pun, saya tiada niat. Saya tidak patut bercakap tentang perkahwinan secara umum. Saya salah.

Uqasha sebelum ini banyak menjawab pertanyaan pengikut di media sosial tentang isu rumah tangga.






