PELAKON Bella Astillah memilih penyanyi dari Indonesia, Afgan untuk membuat persembahan pada hari bahagia sekiranya dia bakal mendirikan rumah tangga.
Perkara itu dikongsikan Bella dalam satu hantaran yang dimuat naik seorang pengguna Threads yang bertanya siapa gerangan selebriti pilihan akan diundang untuk membuat persembahan pada majlis tersebut.
"Kalau majlis perkahwinan kalian nanti, kalian boleh pilih seorang artis untuk datang menyanyi siapa yang anda akan pilih?," tulisnya.

Komen Bella raih perhatian ramai.






