PELAKON dan pengacara Irma Hasmie memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mendakwa dia sudah kembali berumah tangga.
Irma, 43, berkata dia lebih selesa berdiam diri berhubung hal peribadi kerana setiap perkara yang dikongsikan akan menjadi bualan ramai.
"Saya minta maaf, bab peribadi saya lebih selesa untuk tidak menjawab. Saya tahu ramai tanya. Walaupun orang tanya secara peribadi atau melalui WhatsApp sekalipun, saya tetap berpegang pada pendirian yang sama. Bagi saya, lebih adil begitu.

Irma tidak mahu statusnya diuar-uarkan kepada umum.





