TULAR sebuah rakaman di media sosial melihatkan seorang pemuda dengan begitu mudah mencuri barang atau parcel yang terletak pagar rumah sebuah perumahan di Johor.
Dalam kejadian yang berlaku di Taman Universiti, Skudai, rakaman kamera litar tertutup melihatkan pemuda tersebut berbuat demikian ketika siang.
Mengikut butiran pada rakaman itu, ia berlaku sekitar 4 petang pada Selasa.





