PELAKON Beego akhirnya tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia merupakan selebriti lelaki yang dilihat sakan menari di sebuah kelab malam sekitar Ogos lalu.
Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah berkata, video yang tular itu sebenarnya dirakam ketika dia menghadiri sambutan hari jadi seorang rakan di sebuah pusat karaoke.
"Saya dah bertahun tak pergi kelab malam. Video itu sebenarnya saya menghadiri parti hari jadi dan majlis itu dibuat secara tertutup di sebuah pusat karaoke eksklusif.

Sebuah video tular mendakwa individu yang muncul dalam rakaman tersebut ialah Beego.






