Hiburan

Anuar Zain teruja pertama kali beraksi di Stadium Merdeka, lokasi penting dalam sejarah negara

PENYANYI Anuar Zain berkongsi rasa teruja apabila buat pertama kalinya bakal mengadakan persembahan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur menerusi konsert Healing Night 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Januari depan.

Menurut Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 55, meskipun dia pernah tampil di pentas besar seperti Stadium Nasional Bukit Jalil semasa temasya SUKMA 1998 dengan kehadiran lebih 100,000 penonton, persembahan kali ini memiliki makna yang jauh lebih mendalam.

Kata Anuar, Stadium Merdeka bukan sekadar sebuah lokasi, tetapi merupakan lambang penting dalam sejarah negara yang wajar dihargai oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya generasi muda.

Anuar mengakui masih gementar untuk membuat persembahan pentas.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh