PELAKON dan model Zahnita Wilson tampil menjelaskan bahawa beliau tidak akan menutup kedai bakeri miliknya yang terletak di Seri Kembangan, Selangor.
Selepas berbincang dengan kumpulan pengurusan, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, memberitahu bahawa perniagaan tersebut akan terus beroperasi.
“Saya nak ambil peluang ini untuk jelaskan. Saya boleh pastikan kedai bakeri tidak akan ditutup. Pihak pengurusn telah selesaikan dengan lancar,” katanya.

Dalam satu hantaran di Instagram Zahnita memaklumkan akan menutup operasi kedai bakeri miliknya.





