Viral

‘Tolak confession, nanti kena tikam’, trend bergurau tragedi sekolah Bandar Utama cetus kebimbangan normalisasi keganasan terhadap wanita

TREND gurauan di media sosial, khususnya TikTok, yang memaparkan kenyataan berbunyi ‘kepada kaum wanita, bagus kamu terima bila lelaki meluah perasaan. Takut nanti kalau kamu tolak, kamu kena tikam’ mencetuskan kebimbangan ramai pihak apabila ia dilihat menormalisasi keganasan terhadap wanita.

Lebih membimbangkan, trend itu mula tular selepas tragedi seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, yang maut selepas ditikam seorang pelajar lelaki pada Selasa lalu.

Ramai pengguna media sosial menyuarakan rasa tidak senang dengan trend berkenaan yang dianggap berbahaya serta mampu mempengaruhi pemikiran remaja, terutama apabila isu serius seperti keselamatan wanita dijadikan bahan lawak semata-mata untuk meraih perhatian di platform digital.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.