BINTANG Akademi Fantasia musim keempat, Lotter P. Edwin Edin meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 10.50 malam Sabtu.
Menurut sumber, Lotter, 43, dimasukkan ke hospital pada awal pagi Sabtu selepas mengalami kesukaran bernafas.
Pemergian Lotter meninggalkan kesan terhadap rakan-rakan artis termasuk penyanyi Elliza yang terkejut mendengar berita duka itu.





