PENYANYI dan pelakon Nabila Razali meluahkan rasa kecewa apabila mengikuti kisah tragis pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansoor yang meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan oleh rakan-rakannya ketika menyertai aktiviti mendaki ke Gunung Liang, Perak.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, berkata, insiden berkenaan seharusnya menjadi pengajaran kepada semua agar lebih peka terhadap orang sekeliling dan tidak bersikap mementingkan diri.
"Ambil pengajaran daripada kisah arwah Mustaqqeem, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Nabila terkilan dengan berita kematian tragis arwah Mustaqqeem.






