MASALAH disiplin dalam kalangan murid hari ini semakin merisaukan apabila mereka semakin berani melakukan kesalahan sehingga ada yang sudah terkorban disebabkan hal berkenaan.
Bagi sesetengah pihak, penyelesaian terbaik adalah dengan mengembalikan hak kepada para pendidik untuk mengambil tindakan bagi membentuk sahsiah dan sebagai pengajaran kepada kanak-kanak.
Namun, terdapat pendekatan kurang proaktif boleh diambil ke atas murid iaitu dengan mendedahkan mereka terhadap kegiatan sihat di luar kelas, terutamanya bidang kokurikulum.







