PEMAIN bola sepak kebangsaan Togo, Samuel Asamoah berdepan risiko lumpuh selepas mengalami patah tulang leher dan kerosakan saraf apabila kepalanya terhantuk pada papan iklan LED di tepi padang dalam aksi China League One pada 5 Oktober lalu.
Insiden ngeri itu berlaku ketika perlawanan antara pasukannya, Guangxi Pingguo FC dan Chongqing Tonglianglong FC apabila Asamoah ditolak oleh pemain lawan dalam perebutan bola, lalu terjatuh sehingga kepalanya menghentam papan iklan elektronik di luar garisan padang.
Rakaman video perlawanan menunjukkan insiden tersebut berlaku dengan pantas dan tidak disengajakan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





