Sukan

‘Dia banyak membantu’, bintang import Terengganu dipilih legenda JDT dalam BEST XI minggu ke-7 Liga Super

PEMAIN tengah Terengganu FC, Nurillo Tukhtasinov dianggap sebagai antara tonggak utama kecemerlangan pasukannya minggu ini dan dipilih oleh bekas penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias untuk menghuni kesebelasan terbaik minggu ketujuh Liga Super (LS7), lapor MFL

Aksi cemerlang pemain Uzbekistan itu memainkan peranan penting dalam kemenangan bergaya 4-1 ke atas Kelantan The Real Warriors FC, sekali gus membantu Terengganu FC mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga liga.

Menurut Farizal, Tukhtasinov sentiasa tampil konsisten apabila diberi peluang beraksi dan menunjukkan keupayaan tinggi dalam merencana serangan, selain bijak mencorakkan permainan untuk membuka ruang kepada rakan sepasukan menembusi benteng pertahanan lawan. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.