PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu segera mengadakan pemilihan presiden baharu tanpa perlu menunggu hingga tahun depan, kata bekas exconya, Datuk Christopher Raj.
Gesaan tersebut dibuat susulan krisis pemalsuan dokumen pemain warisan yang ketika ini mencetuskan masalah besar dalam arena bola sepak negara.
Menurutnya, FAM kini seolah-olah beroperasi tanpa arah tuju yang jelas berikutan kekosongan tampuk kepimpinan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang siapa yang akan mengetuai usaha rayuan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman berat yang dikenakan terhadap badan induk itu.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.






