Sukan

[VIDEO] Peringkat liga bola amatur di Johor pun cacamarba sampai tumbuk pengadil, nak harap apa lagi?

SIKAP panas baran dan kurang profesional dalam kalangan pemain terus mencemarkan bola sepak peringkat amatur apabila seorang pengadil diserang dalam kejohanan anjuran M&M X Vigor Cup Series 2 2025 yang berlangsung di Johor.

Menerusi satu video tular dimuat naik pengguna Threads, Amenglahh, insiden memalukan itu berlaku pada minit ke-53 permainan antara Sixteen Street FC (16ST) dan UTFC dalam saingan Kumpulan A kejohanan tersebut.

Berdasarkan video yang dimuat naik, kekecohan bermula apabila pemain 16ST tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil ketika perlawanan mencatatkan kedudukan 2-3 memihak kepada UTFC.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.