PENGARAH dan penerbit Erma Fatima menyeru pelakon dan penggiat seni yang tercalon Top 5 di Festival Filem Malaysia ke-34 hadir memeriahkan malam kemuncak acara berprestij itu.
Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 57, meluahkan harapannya agar mereka yang berada dalam senarai pencalonan 5 terbaik tidak mengambil ringan penganjuran acara berkenaan.
“Kalau yang tercalon Top 5 ini tak pergi juga FFM nanti tak tahulah aku nak cakap apa lagi.

Perkongsian Erma di Threads miliknya.






