Hiburan

30 tahun bergelar anak seni, Siti Nurhaliza hadiahkan konsert mega di Stadium Nasional Bukit Jalil

MERAIKAN perjalanan seni selama tiga dekad, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mencipta satu lagi sejarah baharu menerusi konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 10 Januari 2026.

Konsert bersakala mega itu bakal menjadi kemuncak sambutan 30 tahun penglibatan Siti Nurhaliza dalam dunia seni yang bukan sahaja menandakan dedikasi, cinta dan keikhlasan beliau terhadap muzik tetapi juga mengangkat warisan seni Malaysia ke persada antarabangsa.

Menurut penganjur SN Legacy Sdn Bhd menegaskan penganjuran konsert berkenaan di stadium ikonik itu bukan bertujuan memecah rekod kehadiran 70,000 penonton Konsert Fantasia Tour 2004, sebaliknya sebagai satu perancangan yang teliti bagi memberi pengalaman konsert yang selesa, epik dan penuh makna kepada semua peminat.

Siti mahu meriakan 30 tahun bersama peminat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh