POSTER perlawanan yang dihasilkan oleh admin PDRM FC menjelang pertemuan mereka dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 5 Oktober nanti di Stadium Majlis Perbandaran (MP) Selayang, Selangor mencuri perhatian ramai penyokong dengan rekaannya yang ringkas dan ‘ala-kadar’.
Berbeza dengan poster biasa yang biasanya penuh warna dan elemen promosi, poster terkini yang dikongsi di laman rasmi Facebook milik PDRM FC itu hanya menggunakan warna hitam dan putih sahaja tanpa sebarang logo kelab, gambar pemain atau grafik penyokong.
Rekaan minimalis itu dilihat seolah-olah mencerminkan suasana suram dan masalah dalaman yang sedang dialami pasukan.






