Hiburan

Tissa Biani belum rancang kahwin, sepakat dengan Dul Jaelani mahu fokus kerjaya

PELAKON dan penyanyi Tissa Biani mendedahkan dia dan teman lelaki, Dul Jaelani masih belum merancang untuk berkahwin walaupun hubungan mereka sudah menjangkau lima tahun.

Menurut Tissa atau Tissa Biani Azzahra, 23, keputusan itu dibuat kerana mereka mahu memberikan fokus kepada kerjaya dalam bidang seni.

“Belum masanya untuk saya berkahwin kerana masih mahu memberikan fokus kepada kerjaya. Bukan juga tentang faktor umur yang masih muda tetapi saya dan Dul memang mahu fokus dengan kerja,” katanya kepada mStar.

Tissa mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh