PELAKON Ardell Aryana berkongsi detik mencemaskan apabila kapal dinaikinya dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) diserang rejim Zionis pada pagi Jumaat
Menurut Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, dia bersama ahli misi lain berdepan saat getir apabila kapal mereka dihampiri tentera Israel dengan provokasi melampau.
"Assalammualaikum, kami baru sahaja diserang oleh tentera Israel, mereka menggunakan kapal yang sangat besar.

Ardell ketika membuat siaran langsung di Instagram miliknya.




