Viral

[VIDEO] ‘Ini ILP, bukan kem tentera’, kekasaran tenaga pengajar di Gong Badak dianggap lapuk, ketinggalan zaman

SEBUAH video yang tular di media sosial memaparkan seorang tenaga pengajar didakwa melakukan kekasaran terhadap seorang pelajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, Gong Badak, Terengganu.

Rakaman tersebut menunjukkan tenaga pengajar itu meletakkan kedua-dua lututnya di badan pelajar berkenaan sambil tangannya memegang kepala mangsa dengan kasar yang mencetuskan kemarahan warga maya.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku semasa sesi pembelajaran di ILP tersebut.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.