PENJAGA gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi terus membuktikan kewibawaannya sebagai benteng terakhir skuad Harimau Selatan apabila mencatat tujuh perlawanan berturut-turut tanpa bolos.
Antara aksi paling mengagumkan adalah ketika menentang kelab gergasi Jepun, Machida Zelvia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Selasa yang mana Syihan berjaya memastikan gawang JDT kekal kebal tanpa dibolosi.
Penampilan sulung Syihan di pentas ACLE ternyata membuahkan hasil, apabila dia tampil cemerlang menjaga gawang JDT dalam keputusan seri 0-0 menentang Machida, sekali gus memadam keraguan terhadap keupayaannya.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.




