PELAKON dan pengarah, Liyana Jasmay menegur segelintir pengkritik filem yang didakwa memberikan reviu secara keterlaluan sehingga mampu menjejaskan usaha penggiat seni tanah air.
Menurut Liyana, 37, ulasan yang menggunakan perkataan kurang baik bukan sahaja memberi kesan buruk kepada sesebuah karya, malah mempengaruhi orang ramai untuk tidak menonton filem tersebut.
"Pada yang reviu, berilah ulasan yang baik-baik. Kadang-kadang bila mereka guna perkataan tak baik, orang lain akan terus percaya. Sentiasa beri peluang dulu, kemudian penonton boleh buat keputusan.

Bagi Liyana profesion sebagai pengkritik filem seharusnya disertai dengan ilmu.






