Sukan

[VIDEO] Tak mustahil Selangor FC panggil semula bekas kapten, Alex demi pentas Asia lepas tukar jurulatih

PRESTASI Selangor FC yang dilihat terumbang-ambing dalam saingan Liga Malaysia memberi bayangan bahawa perubahan besar sedang dirancang dalam kem Gergasi Merah, termasuk kemungkinan besar membawa pulang dua pemain pinjaman iaitu Alex Agyarkwa dan Safuwan Baharudin.

Perubahan itu mula dicanang selepas Ketua Jurulatih, Katsuhito Kinoshi direhatkan susulan keputusan kurang meyakinkan sejak awal musim 2025/26.

Jawatan pengendali kini dipangku secara interim oleh jurulatih dari Perancis, Christophe Gamel yang dipercayai sedang menilai semula kekuatan dan keperluan pasukan menjelang jadual padat yang melibatkan tiga kejohanan utama iaitu Liga Malaysia, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) dan Piala Shopee.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh