Hiburan

Peminat teruja Bella Astillah panggil ibu Syed Saddiq mama… “Insya-Allah bakal jadi mentua yang ‘sporting’”

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah sekali lagi menjadi tumpuan selepas dilihat memanggil ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dengan panggilan mama.

Dalam sebuah acara yang berlangsung pada Sabtu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, bukan sahaja menghiburkan penonton, malah turut mencipta momen manis apabila menari bersama ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz di atas pentas.

Menyampaikan lagu berjudul Gelora Jiwa nyanyian Yuna, reaksi Bella memanggil ibu Syed Saddiq sebagai mama mengundang keterujaan peminat.

Peminat mendoakan agar Bella dan Syed Saddiq (kanan) bertemu jodoh.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh