PENYANYI dan komposer, Ippo Hafiz sah bercerai talak satu dengan isterinya, Fara Roslan di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor pada 21 Januari lalu.
Peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan ketika dihubungi mStar mengesahkan perkara itu dan memaklumkan proses perceraian berlangsung dengan aman.
“Mereka telah bercerai secara baik, tidak ada sebarang masalah,” katanya pada Isnin.

Fakhrul (kanan) mengesahkan Ippo sudah bercerai.





