PENYANYI dan komposer, Ippo Hafiz enggan terlalu terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kisah rumah tangganya yang pernah menjadi bualan ramai sebelum ini.
Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 36, berkata apa sahaja yang berlaku antara dia dan isterinya biarlah menjadi urusan mereka tanpa perlu dihebahkan kepada umum.
“Biarlah kisah peribadi saya simpan sendiri. Kalau boleh saya mahu orang lebih fokus kepada kerjaya muzik,” katanya ringkas kepada mStar.

Ippo tidak mahu kisah rumah tangga menjadi perhatian.






