RAKAMAN seorang wanita meraung sambil berlari ke arah jalan raya hingga hampir dilanggar mencetuskan tanda tanya warga maya selepas insiden itu dikongsi pengguna Threads, @nfsyafirah.
Menurutnya, insiden pada Ahad itu pada mulanya disangka kes ragut namun rupa-rupanya berpunca daripada pergaduhan seorang lelaki dan wanita yang dipercayai sepasang kekasih.
“Nasib baik mata saya nampak cepat dan saya tegur suami supaya perlahan. Kalau dia bawa laju, mungkin dah lain cerita malam tu,” katanya dalam hantaran tersebut tanpa mendedahkan lokasi sebenar insiden itu berlaku.





