LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia selepas digantung selama 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
MFL berkata, pengesahan itu dibuat selepas menerima makluman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan badan induk dunia tersebut yang turut membabitkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan.
“MFL mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan penggantungan tujuh pemain warisan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).





