PELAKON Syifa Melvin yang kini hamil anak kedua bakal menimang cahaya mata perempuan.
Berita gembira itu disahkan sendiri oleh rakan baiknya iaitu pengacara Uyaina Arshad yang berkongsi rasa teruja di akaun media sosialnya.
“Tahniah Syifa bakal dapat bayi perempuan. Saya tumpang gembira, dah sepasang (anak lelaki dan perempuan) dah,” tulisnya ringkas.

Acara gender reveal bayi kedua Syifa (kanan) dirai bersama ulang tahun kelahiran Saif.





