PELAKON Sharifah Sakinah mengagumi keberanian anak saudaranya, Auddra Zulkifli yang berani berdepan perhatian ramai ketika usia masih remaja.
Kata Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 36, juga dilihat sangat matang dan tidak mudah melatah dengan kata-kata negatif di media sosial.
"Bila depan kamera, dia tahu nak cakap apa. Walaupun ayatnya kadang-kadang tidak tersusun, itu tidak mengapa sebab dia masih muda. Yang penting dia seronok dengan apa yang dilakukan.

Auddra makin dikenali selepas memasuki program Talk To My Manager.






