Sukan

Bersedialah Sabah, mustahil tundukkan Jang Hobin yang sedang ‘on form’ di Paroi

SABAH FC di permulaan musim 2024/2025 seperti hilang arah tuju daripada tahun-tahun sebelumnya apabila setakat ini masih tidak merekodkan sebarang kemenangan selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super.

Pencapaian terbaik skuad The Rhinos setakat ini sekadar merekodkan tiga keputusan seri dan baru sahaja dimalukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 0-8 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 21 September lepas. 

Tidak pasti di mana silapnya Sabah FC musim ini sama ada kehilangan beberapa tonggak utama seperti Saddil Ramdani, Park Tae-su dan yang beberapa lagi atau pun percaturan jurulatih. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh