PENERBIT A. Aida dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Menurut rakan baiknya yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Selasa lalu A Aida menjalani pembedahan lutut dan berada dalam keadaan normal, namun tiba-tiba rebah selepas sesi rawatan itu dilakukan.
“Dua hari lepas, A. Aida ada menjalani pembedahan kedua-dua lututnya. Semalam dia okay saja, sihat tak ada masalah.

Izhar (kanan) memaklumkan keadaan terkini A. Aida di hospital.





