PELAKON dan pengacara, Zoey Rahman mengingatkan golongan lelaki supaya tidak mengenakan seluar ketat demi mengikut trend fesyen semasa.
Zoey berkata, ramai lelaki tidak mengetahui risiko memakai seluar ketat atau ‘cutting slim fit’ yang boleh membahayakan alat sulit.
"Sebagai selebriti saya sendiri tidak terlepas mengikut trend fesyen semasa. Cuma saya jarang memakai seluar ketat demi keselesaan dan kesihatan alat sulit.






