SELEPAS mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin, nama penyanyi Amira Othman terus menjadi sebutan ramai dan kali ini netizen menyamakan wajahnya dengan aktres terkenal Bollywood iaitu Karisma Kapoor.
Perbandingan tersebut mula tular di platform Threads apabila netizen tampil memberi komen bahawa wajah Amira atau Nadia Amira Othman, 32, mempunyai iras dengan selebriti dari India itu.
“Tidak dinafikan memang ada iras. Tak faham orang kutuk-kutuk dia cakap tak lawa. Pada saya dia memang cantik,” tulis seorang pengguna.

Netizen membandingkan wajah Amira dengan pelakon Bollywood.





