PUSINGAN Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 yang berlangsung selama lima hari di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan dekat Kuantan, Pahang pada Sabtu, menjadi pentas terbaik untuk menunjukkan kepada dunia bahawa penyokong futsal terbaik ada di Malaysia.
Presiden Pahang Rangers, YAM Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Sultan Ahmad Shah yang memainkan peranan penting membawa kempen kelayakan itu ke bumi Pahang, menegaskan suara penyokong adalah instrumen utama buat skuad kebangsaan.
Katanya, Malaysia akan membuka tirai saingan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum berdepan Bangladesh pada 22 September dan menutup aksi Kumpulan G menentang gergasi Asia, Iran pada 24 September.






