Sukan

Dalam sakit ada bahagia, hukuman gantung MFL sebenarnya beri masa untuk KDA pulih

KEDAH Darul Aman FC (KDA) menjadi satu daripada tiga kelab yang dihukum oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana menarik diri daripada saingan Liga Super.

KDA bersama-sama Sri Pahang FC dan Perak FC dihukum gantung daripada menyertai mana-mana aktiviti bola sepak anjuran MFL dengan Sang Kenari bersama The Bos Gaurus dihalang selama dua musim manakala Tok Gajah selama semusim.

Ia selepas KDA dan Perak gagal mendapatkan lesen kebangsaan untuk bertanding dengan MFL turut mendenda mereka dengan tidak menyerahkan wang agihan sebagai “rakan kongsi”.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh