MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil mempertahankan atlet paralimpik, Cheah Liek Hou selepas Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mengumumkan mereka akan mengambil tindakan terhadap pemain badminton itu.
Menurut Hannah, Liek Hou tidak sepatutnya diberi layanan sebegitu kerana dia sudah banyak mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
“Ini bukan cara kita melayan atlet yang mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Liek Hou tidak melanggar mana-mana garis disiplin.





