TIDAK boleh dinafikan bahawa pelaburan dibuat Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam membangunkan Johor Darul Ta’zim (JDT) cukup berbaloi dari dalam mahupun luar padang.
Meskipun impaknya tidaklah begitu kelihatan di pentas Asia, dominasi skuad Harimau Selatan di pentas domestik membuktikan kelab itu berada dalam kelas tersendiri.
Selain itu, jenama JDT yang bertahun-tahun memonopoli bola sepak tempatan memudahkan urusan menarik pelabur dari syarikat ternama yang akan menjayakan lagi pasukan itu di mata dunia.








