HUBUNGAN pelakon Nora Danish dengan perunding kewangan dikenali Mickey Ayo terus menjadi perhatian netizen selepas memuat naik hantaran berkongsi hadiah di media sosial masing-masing.
Menerusi perkongsian itu, Mickey dilihat menghadiahkan sepasang kasut putih jenama QC kepada Nora.
Tidak lama kemudian, Nora pula tampil membalas pemberian tersebut dengan menghadiahkan jam sukan berjenama Suunto kepada Mickey.

Nora dan Mickey bertukar hadiah.






